Khamis, Mac 25, 2010

Pertandingan Mari Bercerita Pelajar Tahap Satu

Pertandingan dilaksanakan pada jam 8:00 pagi pada 25 Mac 2010 bertempat di bilik darjah tahun 3. Pertandingan ini disertai oleh 12 orang pelajar tahap satu yang terdiri daripada tahun 1, 2 dan 3.

Pertandingan ini dipengerusikan oleh Encik Razali Sandiu dan Puan Evelyn Michael. Sementara Juri pertandingan terdiri daripada Encik Sharif Asri Sharif Alam, Cik Nor Shamsiati dan Cik Norzilah Mohd Nor.

Pertandingan ini berjalan dengan lancar dan mula dimeriahkan lagi apabila ramai peserta pertandingan yang menunjukkan persembahan yang menarik dan bersemangat sekali.

Pemenang pertandingan akan diumumkan pada 29 Mac 2010 iaitu pada hari perhimpunan murid.
By Fasilitator Schoolnet

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP