Selasa, Mac 30, 2010

Pertandingan Syarahan

Bukan sahaja pertandingan bercerita untuk tahap 1, SK. Mandalom Lama turut menganjurkan Pertandingan Syarahan khas untuk pelajar tahap 2. Pertandingan ini diadakan pada jam 8:00 pagi pada 26 Mac 2010 bertempat di bilik darjah tahun 4. Pertandingan ini disertai oleh 12 orang pelajar tahap dua yang terdiri daripada tahun 4, 5 dan 6.

Pertandingan ini dipengerusikan oleh Encik Razali Sandiu dan Puan Evelyn Michael. Sementara Juri pertandingan terdiri daripada Puan Winnie Sayun (Guru Besar), Encik Zainuddin Botui dan Encik Luis Liron.

Pertandingan ini berjalan dengan lancar. Segelintir daripada pelajar yang menjadi calon pertandingan kelihatan agak gemuruh, namun berjaya menunjukkan persembahan syarahan yang baik.

Pemenang pertandingan akan diumumkan pada 29 Mac 2010 iaitu pada hari perhimpunan murid.
By Fasilitator Schoolnet

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP