Khamis, September 02, 2010

Pertandingan Koir Sempena Hari Kemerdekaan Ke-53

Pertandingan ini telah diadakan di Dewan Serbaguna SK. Mandalom Lama pada 1 September 2010 sempena memeriahkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53. Turut mengundang Cikgu Steven yang merupakan salah seorang penggiat seni tradisional di daerah ini. 

Cikgu Steven, jemputan khas sebagai salah seorang juri pertandingan. Beliau merupakan salah seorang penggiat seni genre tradisional di Sabah

Barisan juri (dari kiri) Cikgu Mazed, Cikgu Steven, Cikgu Alimah, Cikgu Norshamsiati
Tahun 1 dan guru pembimbing mereka cikgu Evelyn Micheal. Antara kumpulan yang memeriahkan suasana pertandingan.
Persembahan daripada Tahun 1 disokong oleh Cikgu Evelyn
Persembahan daripada Tahun 2, di bawah bimbingan Cikgu Agdelin Mangka
Persembahan daripada Tahun 3, di bawah bimbingan Cikgu Marni suginsim
Persembahan daripada Prasekolah, di bawah bimbingan Cikgu Nadzariah Hj. Jumah
Persembahan daripada Tahun 4, di bawah bimbingan Cikgu Anne Gador
Persembahan daripada Tahun 5, di bawah bimbingan Cikgu Abd. Rashid Abdullah
Persembahan daripada Tahun 6, di bawah bimbingan Cikgu Razali Sandiu
Cikgu Mazed, PK1 menyampaikan cenderahati kepada Cikgu Steven. Terima kasih kepada Cikgu Steven kerana sudi hadir ke Pertandingan Koir di SK. Mandalom Lama
Tiba masa yang dinantikan. Pertandingan bagi tahap 1 dimenangi oleh Tahun 2.
Pertandingan bagi tahap 2 dimenangi oleh Tahun 5.
Tahniah diucapkan kepada kumpulan yang telah berjaya. Semoga kemenangan yang ini akan membakar semangat patriotik di kalangan mereka. Bagi yang tidak berjaya, diharap tidak melemahkan semangat mereka, umpama catatan sejarah kemerdekaan kegagalan memupuk semangat usaha dan keteguhan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Oleh: FS Sharif

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP