Program Bijak Menabung
20/04/2010, 9:00 am - Program Bijak Menabung merupakan anjuran dan kerjasama di antara SK. Mandalom Lama dan Bank Rakyat cawangan Keningau.
Program ini dijangkakan akan berjaya mendidik para pelajar agar menjadikan sikap berjimat cermat sebagai amalan harian mereka.
Program ini secara umumnya bertujuan membantu kanak-kanak membuat perancangan yang bermanfaat daripada wang tabungan mereka.
Menerusi program seumpamanya, kanak-kanak diterapkan dengan kebaikan menabung dan didedahkan dengan pelbagai perancangan yang akan memberi kesan kepada hasil tabungan mereka.
Aktiviti program ini melibatkan penerangan mengenai bijak menabung oleh wakil daripada Bank Rakyat disamping pembukaan akaun simpanan oleh para pelajar.
Sehubungan itu, pelajar yang telah membuka akaun simpanan di Bank Rakyat turut diberikan sebuah tabung untuk menggalakkan sikap menabung di kalangan mereka.
Di sebalik pelaksanaan program ini, Bank Rakyat bersetuju menyumbangkan modal untuk pembelian peranti wireless bagi tujuan mempromosikan bidang ICT di SK. Mandalom Lama.
Justeru, kerjasama seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.